Prof Comot dan eksperimen menarik
Anda tahu apa itu gunung berapi?? Kalau tak tahu, mari bersama Prof Comot untuk membuat gunung berapi sendiri di rumah. SELAMAT MENCUBA!!!
~~PROSES PENGHADAMAN MANUSIA~~
Mari kita sama-sama meneroka proses penghadaman manusia yang menarik dan comel ini!!!
Emm, untuk pengetahuan anda, proses unik ini sebenarnya berlaku di dalam tubuh anda!!!
Mari kita teroka...
Jadi, apa pendapat anda mengenai proses penghadaman manusia? Menarik, bukan?
tetapi, kartun tersebut dalam bahasa Inggeris... Bagi sesiapa yang dapat memahami apa yang diperkatakan oleh karakter kartun tersebut, TAHNIAH!!!
Untuk lebih faham, mari kita sama-sama membaca artikel di bawah...
Sistem Penghadaman Manusia
Sistem penghadaman manusia mengandungi beberapa organ dan kelenjar yang kompleks dalam proses ia menghadamkan makanan. Untuk memastikan makanan yang kita makan bermanfaat pada tubuh kita, tubuh mesti memecahkan makanan-makanan tersebut kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya lebih mudah diproses, di samping untuk memudahkan perkumuhan.

Kebanyakan organ-organ penghadaman (seperti perut dan salur usus) adalah berbentuk salur tiub dan mengandungi makanan sepanjang makanan tersebut memasuki tubuh manusia. Sistem penghadaman manusia adalah sangat panjang, salur-salur tiub yang berselirat ini bermula dari mulut hinggalah ke dubur dan termasuklah beberapa organ lain (seperti hati dan pankreas) yang menghasilkan atau menyimpan enzim-enzim penghadaman.
Proses penghadaman:
1) Bermula di mulut: Proses penghadaman bermula di mulut. Makanan akan dipecahkan hasil dari kunyahan dan interaksi dengan enzim air liur (enzim ini dihasilkan oleh kelenjar air liur yg memecahkan kanji kepada molekul-molekul yang lebih kecil)
2) Dalam perjalanan ke perut, di esophagus : Selepas makanan dikunyah dan ditelan, makanan akan memasuki salur esophagus. Esofagus ialah salur panjang yang menghubungkan mulut dan perut. Salur ini menggerakkan makanan dengan cara peristalsis (seperti mengecut mengembang yang berulang-ulang) untuk membuatkan makanan dari kerongkong bergerak ke perut. Pergerakan peristalsis ini membolehkan kita makan atau minum walaupun dalam keadaan terbalik (kepala di bawah)

3) Dalam perut : Perut adalah organ berbentuk kantung yang akan memproses makanan sambil di bantu oleh asid yang sangat kuat iaitu asid gastik. Makanan dalam perut yang telah separa-proses dan bercampur dengan asid perut dipanggil chyme.
4) Dalam usus kecil : Selepas perut, makanan memasuki duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Kemudian ia melalui jejunum dan ileum. Dalam usus kecil, hempedu (dihasilkan oleh hati dan disimpan di pundi hempedu), enzim pancreas dan enzim-enzim penghadaman yang lain yang dihasilkan oleh dinding usus kecil untuk membantu penguraian makanan.
5) Dalam usus besar: Seterusnya makanan akan melalui usus besar. Dalam usus besar, air dan elektrolit (bahan kimia seperti sodium) di ekstrak daripada makanan. Terdapat banyak mikrob (bacteria seperti Bacteroides, Lactobacillus acidophilus, Escherichia coli, dan Klebsiella) dalam usus besar yang turut membantu penghadaman. Bahagian awal usus besar dikenali sebagai cecum (yang turut bersambung dengan appendiks). Seterusnya makanan akan melalui kolon (ascending, transverse, ascending dan sigmois).
6) Penamat : Bahan kumuh dan makanan yang tidak dapat diproses kemudiannya akan tersimpan di rectum sehingga ia sedia dikumuhkan melalui dubur.

satu paparan yang bagus!
BalasPadam