
SEJAK bertahun-tahun yang lepas, kebanyakan media massa memberi perhatian yang besar kepada berita-berita mengenai serangan virus atau cecacing komputer yang telah menyebabkan masalah kepada pengguna komputer dan juga negara.
Nama-nama virus atau cecacing seperti Blaster, Nachi dan Sobig.F tiba-tiba menjadi sebutan ramai, walaupun tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya itu virus komputer.
Secara asasnya, virus komputer tidak sama dengan virus penyakit walaupun kedua-dua boleh menjangkiti dengan sendiri, kerana virus komputer merupakan program komputer yang direka manusia.
Virus komputer ialah program komputer yang boleh merebak ke dalam komputer dan sistem rangkaian dengan menyalinkan dirinya sendiri (kebiasaannya tanpa pengetahuan pengguna).
Sejarah penciptaan virus bermula pada pertengahan 1980an apabila Bahir dan Amjad Alvi dari Lahore, Pakistan telah mencipta virus komputer yang pertama untuk menghalang daripada pengguna menyalin perisian mereka secara haram.
Program virus kebiasaannya perlu dijalankan sebelum ia boleh beroperasi seperti menjangkiti fail atau program komputer yang kita gunakan.Sebaik sahaja kita membuka program atau fail komputer itu, program virus (yang berada didalamnya) akan terus aktif dan menjalankan aktivitinya.
Memandangkan aplikasi paling popular masa kini ialah e-mel, banyak virus telah dicipta agar dibawa bersama e-mel yang dihantar oleh pengguna dan ia akan terus menjangkiti komputer penerima e-mel apabila lampirannya dibuka.
CECACING KOMPUTER
Program perisian yang sangat kecil ini kebiasaannya akan mampu menyalinkan dirinya sendiri dan menjangkiti dari komputer kepada komputer dalam satu rangkaian komputer (seperti rangkaian komputer-komputer di sekolah atau pejabat).
Selepas sebuah komputer dalam rangkaian dijangkiti, cecacing akan melakukan aktiviti pengimbasan (scan) kepada komputer-komputer lain dalam rangkaian untuk mencari kelemahan agar ia boleh menjangkiti lagi komputer seterusnya.
Ia mampu melakukan beratus atau beribu imbasan dalam seminit yang jika terlalu banyak imbasan boleh menyebabkan sesuatu rangkaian menjadi lembap seperti pengguna sukar mengakses e-mel, membuka laman web dan sebagainya.
Contoh paling terkini, virus jenis ini ialah cecacing Blaster dan Nachi yang merebak dengan pantas.
TROJAN KOMPUTER
Program Trojan yang dikenali sebagai Trojan horses itu kadang kala akan memadamkan seluruh cakera keras komputer anda jika ia telah dipasang.Bagaimanapun, program ini tidak boleh menyalinkan dirinya sendiri untuk menjangkiti komputer.
Trojan jenis back door pula akan berada dalam komputer anda dan ‘membuka pintu’ kepada virus atau pengguna komputer di luar mengakses sistem komputer anda.
Melindungi dari virus adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengguna komputer kerana ia sebenarnya boleh dihindari jika semua pengguna menggunakan komputer mereka dengan bijak.
Selain itu, pastikan juga perisian anti-virus seperti perisian Trend, Norton, Symantec dan sebagainya telah dipasang kepada komputer anda dengan sentiasa dikemaskini versi pattern dan enjinnya melalui laman-laman web syarikat perisian tersebut.
Bagi menggelakkan virus dari e-mel pula, jangan sesekali membuka e-mel yang kelihatan mencurigakan walaupun ia datangnya dari alamat e-mel rakan anda kerana kemungkinan besar itu dihantar dengan sendiri oleh virus dan bukannya rakan anda.
tahniah kak sebab berjaya menghasilkan blog yang menarik..
BalasPadam