.:Lil' Chef:.

~RESEPI MAKARONI BAKAR BERSAMA KEJU~




Bahan-bahan
  • 500g makaroni
  • 250g daging ayam cincang
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk cili @ serbuk paperika
  • 1 labu bawang besar ( didadu)
  • 4 ulas bawang putih( didadu)
  • 1 biji cili merah
  • sedikit daun sup
  • 3 batang sosej
  • 4 biji cendawan butang dlm tin
  • garam dan gula secukup
  • 100 g cheese
  • 5 biji telur
  • 1 cawan susu segar


Cara-cara
  1. Rebus makaroni sampai lembut, kemudian sejatkan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan daging cincang kemudian kacau sehingga masak.
  3. Masukkan kesemua rempah kedalam daging dan kacau. Tambah sedikit air dan masukkan garam dan gula. Kacau sehingga masak.
  4. Campurkan telur dengan susu segar dan kacau.
  5. Campurkan makaroni dengan daging cicang dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan kedalam acuan, kemudian masukkan telur.
  7. Letakkan sosej, cendawan butang, cili merah dan daun sup diatas makaroni.
  8. Akhir skali letakkan cheese diatas dan bakar.



~RESEPI JUS EPAL LIMAU KASTURI~



Bahan-bahannya
1 biji apple - dipotong empat
1 sudu kecil Serbuk Asam Boi
2-3 biji Asam Boi
1 biji limau kasturi dipotong 2
1 sudu kecil gula
2 cawan air
sedikit Ais

Cara membuat
1. Kisar hancur buah epal.
2. Apabila siap, toskan airnya.
3. Curahkan ke dalam bekas berlainan. Masukkan gula dan serbuk asam boi.
4. Perasakannya dengan curahan air limau dan kemudian masukkan ketulan asam boi. Kacau sebati.
5. Masukkan beberapa ketulan ais dan hidang


~RESEPI KEK BATIK~




Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang


~RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE~




Bahan-bahan ( 6 orang )
·         500 gram spaghetti (sepeket)
·         500 gram daging lembu cincang
·         200 ml susu
·         1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
·         1 ulas bawang putih – dicincang halus
·         1 tin sedang tomato puri
·         4-5 tomato segar ranum - didadu
·         1 batang carrot – didadu kecil
·         2 batang celery – didadu kecil
·         1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
·         1 kiub stok daging lembu (optional)
·         1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
·         Sedikit garam dan gula secukup rasa
·         3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
·         2 sudu besar butter
·         Parutan keju parmesan – untuk menghidang
·         NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
·         NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.
Cara-cara
1.    Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2.    Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3.    Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4.    Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5.    Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6.    Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7.    NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
8.    Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9.    Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
10.  NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!



~RESEPI JUS SUNQUICK + STRAWBERI~

Hai, kali ini kita akan mempelajari resepi jus yang mudah dan enak. Tentu seronok dapat minum jus pada hari yang panas seperti musim ini...
Mari kiya ikuti resepi di bawah...




Bahan-bahan ( beberapa orang )

  • secawan air sunquick perasa buah-buahan tropika
  • secawan air strawberi kordial
  • ais kiub
  • gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Masukkan air sunquick perasa buah-buahan tropika dan air strawberi di dalam blender.
  2. Masukkan ais kiub.
  3. Masukkan gula secukup rasa.
  4. Blenderkan.
  5. Masukkan ke dalam cawan ataupun gelas.
  6. Hidangkan.
*Anda boleh juga menambah buah-buahan segar seperti laici, timun dan hirisan strawberi segar. Pasti lebih enak!!!

Haaa!! Dah siap, sekarang bolehlah anda semua nikmati hidangan jus ini bersama keluarga.
Selamat mencuba!!!

RESEPI MASHED POTATO a.k.a. KENTANG PUTAR:)

Emm... enaknya kalau dapat makan kemtang putar!!!
Tapi... kalau asyik nak beli, mana boleh, dah laa mahal.. sikit pula tu..
Kan best kalau dapat buat sendiri..
Jadi, mari kita lihat resepi mudah untuk membuat kentang putar ini..
*jangan lupa minta bantuan ibu bapa untuk membuat resepi ini...

6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang  (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.

Yeay, dah siap!! Hidangan ini boleh juga dinikmati dengan nuggets, hashbrowns untuk sarapan, kepingan daging dan apa-apa sahaja hidangan yang anda suka.. mudah,enak dan berkhasiat!!!

SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan