DEHIDRASI
Cuba anda semua lihat komik di bawah...
Hhaha, kelakar kan apabila budak perempuan tu guna ais untuk sejukkan badan dia. Sebenarnya, tak perlu laa guna ais atau duduk dalam suasana yang dilengkapi alat penyaman udara, cukuplah sekadar anda minum air yang cukup setiap hari agar anda semua tidak mengalami dehidrasi. Apa itu DEHIDRASI? Secara mudahnya, dehidrasi bermaksud kekurangan cecair dalam badan kita. Terdapat pelbagai kesan dehidrasi yang tidak baik untuk tubuh badan kita seperti demam, kekeringan, pengsan, koma atau yang paling teruk, kematian. Bagaimana kita boleh mengetahui jika kita mengalamai dehidrasi? Haa, mari kita lihat 10 tanda dehidrasi di bawah...
1. Mulut kering dan lidah bengkakTanda seseorang itu dehidrasi adalah mulut kering. Jadi, minumlah air ketika haus kecuali ketika berpuasa. Jika masih kering juga, mungkin ada masalah lain yang berkait dengan mulut dan lidah.
2. Air kencing berwarna kuning pekatApabila kita dehidrasi, air kencing akan berkurangan dan menyebabkan perubahan air kencing daripada kekuningan yang cair kepada yang pekat.
3. Sembelit (sukar buang air besar)
Ketika tubuh cukup air, makanan yang dimakan akan bergerak bebas. Usus besar (kolon) akan menyerap air dari makanan yang dimakan dan kemudian mengeluarkan tinja. Sebaliknya, ketika mengalami dehidrasi, usus besar akan kekurangan air dan menyebabkan tinja menjadi keras dan kering. Hasilnya adalah sembelit.
4. Kulit menjadi kurang elastikUntuk menguji dehidrasi pada kulit iaitu dengan cara mencubitnya. Jika normal, semasa mencubit kulit di tapak tangan kemudian dilepaskan ia akan kembali normal. Tapi ketika kulit mengalami dehidrasi, ketika dicubit lalu dilepaskan akan lambat kembali kepada normal.
5. Jantung Berdebar-debarJantung memerlukan tubuh yang sihat dan normal agar berfungsi dengan baik. Jika terjadi penurunan aliran darah dan perubahan kadar elektrolit disebabkan dehidrasi, biasanya jantung akan berdebar-debar lain daripada kebiasaan.
6. Kekejangan ototMeskipun belum dikenalpasti bagaimana dehidrasi mempengaruhi fungsi otot tapi ia mungkin berkait dengan ketidakseimbangan elektrolit. Elektrolit seperti natrium dan kalium adalah ion yang menghasilkan tenaga yang memberi otot bekerja. Jika mengalami dehidrasi kronik, maka akan jteradi ketidakseimbangan elektrolit yang dapat menyebabkan kekejangan otot yang terus menerus. Keadaan ini banyak terjadi setelah orang selesai melakukan latihan sukan atau olahraga.
7. PengsanDehidrasi juga boleh menyebabkan pengsan. Salah satu tanda-tanda dehidrasi adalah tubuh merasa melayang ketika berdiri secara tergesa-gesa dari posisi duduk atau tidur.
8. Lelah Dehidrasi kronik akan membuat jumlah darah dan tekanan darah turun yang membuat oksigen ke darah juga berkurangan. Tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi saraf akan bekerja lambat sehingga orang menjadi lebih mudah lelah dan semput.
9. Air mata keringAir mata digunakan untuk membersihkan dan menyegarkan mata. Jika cairan di tubuh kurang, boleh membuatkan pengeluaran air mata terhenti.
10. Badan selalu merasa kepanasanAir memainkan peranan dalam mengatur suhu tubuh. Ketika tubuh mulai panas kulit akan berkeringat/berpeluh. Dengan berkeringat, maka suhu tubuh akan turun lagi. Peluh adalah sebahagian besar terdiri dari air, maka ketika mengalami dehidrasi, tubuh akan berhenti mengeluarkan peluh yang membuat badan akan merasa kepanasan.
Berdasarkan keterangan di atas, sudah pastinya air adalah satu keperluan bagi tubuh badan kita dan nyata ianya adalah elemen yang menggerakkan tubuh badan kita ke arah kesihatan yang lebih optima.
Lebih-lebih lagi ketika musim yg tidak menentu sekarang. Pastikan anda mendapat cecair yang cukup ya untuk kesihatan anda...
Mengapakah Kambing Makan Rumput?
Pernah tak anda semua tertanya-tanya, mengapa haiwan comel ini hanya makan rumput? Haaa.. mari kita baca cerita di sebalik perkara ini.
Seperti yang kita tahu, kambing tidak mempunyai taring seperti haiwan karnivor yang boleh mengoyak dan memotong daging. Kambing hanya mempunyai gigi geraham dan gigi kacip yang sesuai untuk makan daun dan mengunyah tumbuhan yang lembut.
Haaa, inilah rupa gigi Mr. Kambing...
Kenapa Mulut Kambing Masih Mengunyah Walaupun Sudah Berhenti Makan?
Kambing ialah haiwan ruminan. Sistem pencernaannya terbahagi kepada dua bahagian : kambing mengeluarkan balik makanan yang separuh cerna dari perut untuk dikunyah semula.
Empat Perut Kambing:

Rupa perut Mr. Kambing...
Kambing mempunyai empat bahagian perut. Perut pertama tiada fungsi mencerna makanan. Makanan menapai di perut dan kemudian dihantar balik ke mulut dan dikunyah. Proses ini dinamakan sebagai RUMINASI.
Selepas dikunyah, makanan dihantar ke perut kedua supaya dijalankan pencernaan kasar. Kemudian, makanan masuk ke dalam perut ketiga untuk melakukan pencernaan halus. Seterusnya, makanan akan masuk ke dalam perut keempat supaya menjalankan pecernaan sepenuhnya dan penyerapan.
Perlakuan menghantar semula makanan dari perut ke mulut dipanggil "RUMINASI". Oleh itu, kambing juga dikenali sebagai binatang ruminan.
Haaa.. sekarang sudah jelas tak mengenai proses penghadaman kambing? Jangan pula anda mencuba untuk memaksa kambing anda makan nasi lemak pula, kesian kanbing itu... Sekian sahaja untuk kali ini...
10 KEBAIKAN MINUM SUSU
Hai, bertemu lagi dalam coretan hari ini.... Apa topik yang hendak kita bincangkan pada hari ini ye???
Anda suka minum susu? Untuk pengetahuan anda, susu mempunyai pelbagai khasiat yang boleh menjadikan kita seorang individu yang sihat. Mari kita baca 10 khasiat susu di bawah:

SUSU YANG YUMMY:)
- Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
- Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
- Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
- Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
- Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
- Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
- Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
- Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)
Tips susu untuk anak cerdas dan pintar
- Setiap kali membuat segelas susu panas untuk anak kita, masukkan sesudu serbuk badam yang telah dibakar dan blend halus + sesudu kecil madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Biji badam memberi minda yang tajam dan memori yang sangat baik
- atau sebelum tidur rendamkan 3 biji badam dalam air segelas air masak dan biarkan sampai esok pagi. Beri badam kembang tersebut pada anak2. Amalkan setIAP hari.
Tahniah cikgu Fauziah.Banyak info yang menarik saya dapati melalui blog cikgu.Anak-anak sayapun suka tengok gambar-gambar dalam blog cikgu ni tau.Tahniah sekali lagi. Teruskan.
BalasPadam