Pada catatan kali ini, saya akan berkongsi mengenai pengedit foto atas talian, atau nama lainnya, online photo editor. Anda suka mengedit gambar? Jika anda suka, pasti anda tahu pelbagai jenis pengedit foto. Tetepi saya ingin berkongsi mengenai
Pixlr-O-matic.
Secara umumnya, ini adalah sama seperti pengedit foto yang lain. Tetapi ciri-ciri istimewa pengedit foto ini ialah perisiannya membolehkan anda mengubah kualiti foto anda kepada foto berciri antik dengan puluhan pilihan kesan (
effect) menarik.
 |
contoh kesan khas Pixlr. |
Perisian ini boleh didapati dalam pelbagai versi yang lain. Perisian inijuga boleh didapati di Android Market untuk gajet pintar dan juga boleh dimuat turun ke komputer anda. Anda hanya perlu layari: Pixlr.com untuk memilih editor yang anda kehendaki dan muat turun. Proses muat turun memerlukan perisian Adobe Air. Sekiranya anda tidak memiliki perisian ini, ia akan dimuat turun secara automatik namun mengambil sedikit masa.
Antara contoh hasil editor ini adalah seperti berikut:
 |
Gambar anak sulung |
 |
Anak sulung saya menggabungkan Pixlr dan editor di internet |
Gambar di atas merupakan contoh gambar yang diedit menggunakan Pixlr. Pelbagai lagi
effect seperti:
Cubalah editor ini untuk pelbagai variasi kesan gambar yang menarik dan menyeronokkan!
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan