Kali ini, saya akan berkongsi mengenai makanan sunnah Rasulullah.
Makanan sunnah ialah makanan yang sering diamalkan oleh junjungan besar Rasulullah.
Menurut kajian sains, makanan ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh, minda dan rohani kita.
Anda semua ingin menjadi sihat dan pintar?
Mari kita sama-sama melihat makanan yang sering menjadi amalan Rasulullah...
MADU MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN
Madu merupkan makanan Sunnah dan makanan Kesihatan yang sangat terkenal dan diketahui umum. Kesahihan tetang RAHSIA MADU telah disebut di dalam Al-Quran dan al-Sunnah (Hadis). Di dalam Surat An Nahl ayat 68-69 Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden
Dalam ayat yang dinyatakan di atas secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia.
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.
Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan
Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-1. Susu dengan ikan
2. Cuka dengan susu 3. Buah-buahan dengan susu 4. Daun salad dengan ikan 5. Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka) 6. Daging segar dengan daging kering 7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka 8. Cuka dengan nasi 9. Buah delima dengan serunding 10. Telur dengan ikan.
Hah, bagaimana?
Bagus sekiranya kita amalkan cara pemakanan seperti yang telah ditulis di atas.
Semoga berjumpa lagi di lain entri...
Wassalam...
|
blog yang menarik.Boleh diteruskan.
BalasPadamTerima kasih berkongsi maklumat yang berguna ini!
BalasPadamblog yang baik, tahniah
BalasPadam