Apple Inc., dahulunya
Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk
elektronik pengguna dan
perisian yang berkait. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan mendukung berbagai-bagai
komputer peribadi dan
pemain media mudah alih, serta juga
perisian dan
perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.
[5]

Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti
iPhone, dan
Apple TV), serta ciri-ciri untuk
Mac OS X "Leopard",
sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan
kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada
iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik,
buku audio,
permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi
Mac dan peranti-
peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih
iPod, serta
iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun
2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk
sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian
iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri
audio dan filem profesional (serta juga "
prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk
Final Cut Pro,
Logic Audio,
Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkait.

Diperbadankan pada 3 Januari
1977 [6], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai
Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari
2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal untuk produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk
elektronik pengguna.
[7] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang
smartfon iPhone dan sistem
video digital Apple TVnya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam
komputer peribadi.
[8]

Apple juga mengendalikan 180 buah
kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali.
[9] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan dukungan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.
[10]
Berdasarkan alasan-alasan dari falsafah
reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri
elektronik konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.
[11]
Sebelum Penubuhan
Sebelum menubuhkan Apple,
Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun
1975 beliau telah bekerja di
Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk
Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik
Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik
Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti
Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.
Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat
Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti
Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.
Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu
Intel 8080 ($179), dan
Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.
Sejarah Awal
Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.
[sunting]Perancangan masa depan
Pada 2006, Syarikat Apple.inc telah pun mengumumkan perancangan mereka untuk mendirikan kampus kedua yang berkeluasan 50 ekar (200,000 meter persegi) yang dikumpulkan daripada sambungan plot (timur N Wolfe Road antara Pruneridge Avenue dan Vallco Parkway ). Kampus terbaru, iaitu di Cupertino, kira kira 1 batu (1.6 km) timur daripada kampus yang sedia ada. Kampus terbaru akan direka oleh
Norman Foster. Pada 7 Jun 2011, Steve Jobs memberikan satu pembentangan pada Persidangan Cupertino City, untuk menekankan tentang rekaan pembinaan bangunan barunya. Kampus baru dicadangkan untuk menempatkan 13,000 perkerja (beserta dengan kafe untuk menempatkan 3,000 tempat duduk) dikelilingi oleh landskap yang luas. Di situ juga akan didirikan bangunan tambahan seperti auditorium, kemudahan R&D, serta pusat kecergasan.